KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN




BAHAGIAN PEMBANGUNAN


1.Pengenalan
Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek penyediaan infrastruktur dan kemudahan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Putatan bagi memastikan tahap kehidupan penduduk setempat lebih berkualiti dengan pembangunan prasarana yang lengkap. Bahagian ini bertanggungjawab dalam meluluskan pelan kejuruteraan dan bangunan bagi memastikan semua bangunan yang didirikan berkeadaan selamat dan berkualiti.

2.Objektif
Melaksanakan tanggungjawab secara profesional dalam melaksanakan projek pembangunan, memproses pelan dan pengeluaran sijil layak menduduki (CFO) seiring dengan meningkatkan kesejahteraan penduduk melalui pembangunan yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik.

3.Fungsi Bahagian
• Memproses pelan-pelan kejuruteraan dan bangunan.
• Menyelenggara kenderaan/harta majlis.
• Menyelenggara hal-hal mekanikal.
• Menguruskan dan melaksanakan kerja-kerja kemudahan awam dan hari perayaan.
• Perancangan infrastruktur dan kemudahan awam.
• Membina dan menyelenggara parit-parit, pembentungan, saluran elektrik, saluran air dan telekomunikasi.
• Mengawal dan memproses permohonan kelulusan pelan bangunan.
• Merancang, melaksanakan dan mengawal pembinaan projek pembangunan.
• Mengurus kontrak, sebutharga dan tender.


>KLIK “LINK DIBAWAH” UNTUK MEMAPARKAN DASHBOARD KAKITANGAN<
KLIK SINI UNTUK PAPARAN DASHBOARD KAKITANGAN